sayapatchi

I'll spread my wings and I'll learn how to fly, I'll do what it takes till I touch the sky
............................................................................................................................................

Kenangan Lama Mengusik Kembali


2254, Bilikku

Sorang-sorang kat bilik ni tiba2 teringat saat yang aku takkan pernah lupakan. Satu persatu wajah mereka aku bayangkan. Mereka adalah sahabat-sahabat yang takkan ada penggantinya. Kisah ini bermula ketika aku cuba mencari identiti seorang lelaki, dan dalam pencarian itu aku bertemu dgn dua sahabat baik yang sgt lucu.. sorang namanya adna(bukan nama sebenar) dan seorang lagi riza(bukan nama sebenar). Waktu2 ku dihabiskan bersama mereka, walaupun aku tidak pernah mengenali mereka tetapi aku rasa dekat dgn mereka. Mereka sgt nakal tapi dalam kenakalan mereka, mereka sgt menekankan soal persahabatan. Kami berinteraksi menggunakan social networking, tiap2 hari aku tidak sabar untuk bertemu mereka. Setiap kali kami on9 ada sahaja lawak yang akan aku dengar daripada mereka walaupun mereka tidak seusia dgnku tapi aku sgt serasi dengan mereka.

Adna, seorang yang periang, matang, caring, sgt suka berniaga dan kadang-kadang cara percakapannya agak kasar. Dia yang mewarnai hari-hariku, dia suka bercerita.. Setiap kali berbual, mcm2 cerita yang akan dia kongsi dgnku. Dia sgt comel. hahaha~Suatu hari, kami chatting dalam YM.. kami berbual sambil kutuk mengutuk sedangkan kami tak sampai sebulan berkenalan. Mcm2 yang dia ckp padaku, dalam hati kecilku berkata “teruk nya mamat nie”.. hahaha.. Tak pernah2 aku cakap sial lagi-lagi pada lelaki tapi waktu itu aku kata dia sial~ Padan muka dia. Akhirnya, perkataan sial tu jadi tagline kami. Bila difikirkan balik mcm kelakar rasanya. Tapi semuanya sudah berakhir atas kesilapan ku sendiri. Aku kehilangan kawan yang betul2 boleh dijadikan sahabat. Masa tidak boleh diputar semula. Maafkan aku adna. Kamu memang seorang sahabat yang baik.

Riza, lelaki manja yang pernah aku kenal. Wataknya sgt berbeza dengan sodiq, arwah tunangku. Kami juga berkenalan menggunakan cara yang sama. Sebenarnya Riza adalah sahabat baik Adna ketika mereka masih belajar. Aku sgt kagum dengan persahabatan mereka kerana mereka masih bersahabat walaupon sudah menamatkan pembelajaran mereka. Kalau mahu dibandingkan denganku, jauh panggang dari api. huhu.. Riza, seorang lelaki yang penyayang, manja, nakal dan banyak lagi sikapnya boleh menarik hati perempuan yang mengenalinya. Dia juga seorang lelaki yang sangat romantik. Setiap saat bersamanya membuatkan aku tersenyum. Dia betul2 menarik hatiku. Bayangkan perkenalan yang hanya sementara boleh membuahkan bibit-bibit cinta antara kami. Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Tapi dengan layanannya aku tenggelam dalam perasaanku. Tapi cinta kami tak kesampaian.. Semua berlaku atas kesilapan diriku sendiri. Maafkanku.. Aku tidak berniat untuk melukakan hatimu. Maafkan ku…

Aku benar-benar merindui hari bersamamu....♥ ♥


p/s: Maafkan aku kerana smat sukar untuk melupakan kalian..

Labels: , ,


10:54 PM  //  Out of the darkness and into the sun

Warkah Seorang Kekasih..~

0329
Room

Tadi ak bukak myspace ak. Erm, ak tengok ak dapat mesej pastu ak buka. Selepas baca mesej tu ak rasa sebak sangat apa maksud msj tu sebenarnya? Adakah ak telah menyakitkan hati seorang insan? Aku tak sedar semua tu. Kalau dia baca post ni, ak minta maaf sangat-sangat dan ak tak bermaksud utk menyakiti hatinya. Maafkan saya!

Date : Jul, 5 2009 3:02 A.M.
Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut... Demi tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.. Saya telah menolak awak, tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak, awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, awak berjanji saya bukan salah seekor kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.... Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.... saya tak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.. Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yg paling dalam... Lemas dan hampir tenggelam... dalam lautan kasih sayang, seribu impian, dan saya mula terpikir, saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak, rupanya awak ada di sisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu... Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgahsana di hati awak... nyata saya tak temuinya..... Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya... awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yg tak mampu saya selam.... disana saya tak mampu melihat cahaya.. Awak beri saya harapan, dan akhirnya awak jugalah yg menyalakan api dan membakar saya dalam diam... Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yg sebenarnya awak cari.... Tapi jauh disudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tak akan pernah dewasa..... Atau mungkin juga.. awak belum pernah benar2 jatuh cinta pada seseorang... Jadi, selama ini siapa saya dihati awak...???? Adakah selama ini awak sebenarnya tidak pernah menyintai saya? Siapa yg memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yg mengajar saya,bahawa Cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yg memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?? awak..... Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yg saya ada. Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.. Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun pada ketika awak berada disisi saya... setiap saat saya mengingati awak... seumur hidup ini saya mencintai awak... Awak... Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya.... 'Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu, saya akan bisu buat selamanya....' 'Dan kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya, Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini...(awak tak pernah tahu). Semuanya untuk awak, tapi satu jer.. yg tidak akan awak dapat dari saya sebelum awak menikahi saya.... Seseorang pernah berkata, 'If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.....' Awak....... kerana saya mencintai awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak.... saya berdoa supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yg awak cari.... Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti cinta yang sebenar... supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang.... dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya..... Awak..... saya percaya pada tuhan yg mempertemukan kita, saya tahu ada hikmah disebalik semua ini.... dan saya tak akan menyoal... saya juga tak pernah kesal.... sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya. Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya.... itu bukan harapan saya... tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan... Dan kalaupun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yg terbaik... Ikhlas: lelaki Yang Pernah Menyayangimu.




Labels: ,


3:28 AM  //  Out of the darkness and into the sun


Normal | bold | Italic | Underline | Link