sayapatchi

I'll spread my wings and I'll learn how to fly, I'll do what it takes till I touch the sky
............................................................................................................................................

Kenangan Lama Mengusik Kembali


2254, Bilikku

Sorang-sorang kat bilik ni tiba2 teringat saat yang aku takkan pernah lupakan. Satu persatu wajah mereka aku bayangkan. Mereka adalah sahabat-sahabat yang takkan ada penggantinya. Kisah ini bermula ketika aku cuba mencari identiti seorang lelaki, dan dalam pencarian itu aku bertemu dgn dua sahabat baik yang sgt lucu.. sorang namanya adna(bukan nama sebenar) dan seorang lagi riza(bukan nama sebenar). Waktu2 ku dihabiskan bersama mereka, walaupun aku tidak pernah mengenali mereka tetapi aku rasa dekat dgn mereka. Mereka sgt nakal tapi dalam kenakalan mereka, mereka sgt menekankan soal persahabatan. Kami berinteraksi menggunakan social networking, tiap2 hari aku tidak sabar untuk bertemu mereka. Setiap kali kami on9 ada sahaja lawak yang akan aku dengar daripada mereka walaupun mereka tidak seusia dgnku tapi aku sgt serasi dengan mereka.

Adna, seorang yang periang, matang, caring, sgt suka berniaga dan kadang-kadang cara percakapannya agak kasar. Dia yang mewarnai hari-hariku, dia suka bercerita.. Setiap kali berbual, mcm2 cerita yang akan dia kongsi dgnku. Dia sgt comel. hahaha~Suatu hari, kami chatting dalam YM.. kami berbual sambil kutuk mengutuk sedangkan kami tak sampai sebulan berkenalan. Mcm2 yang dia ckp padaku, dalam hati kecilku berkata “teruk nya mamat nie”.. hahaha.. Tak pernah2 aku cakap sial lagi-lagi pada lelaki tapi waktu itu aku kata dia sial~ Padan muka dia. Akhirnya, perkataan sial tu jadi tagline kami. Bila difikirkan balik mcm kelakar rasanya. Tapi semuanya sudah berakhir atas kesilapan ku sendiri. Aku kehilangan kawan yang betul2 boleh dijadikan sahabat. Masa tidak boleh diputar semula. Maafkan aku adna. Kamu memang seorang sahabat yang baik.

Riza, lelaki manja yang pernah aku kenal. Wataknya sgt berbeza dengan sodiq, arwah tunangku. Kami juga berkenalan menggunakan cara yang sama. Sebenarnya Riza adalah sahabat baik Adna ketika mereka masih belajar. Aku sgt kagum dengan persahabatan mereka kerana mereka masih bersahabat walaupon sudah menamatkan pembelajaran mereka. Kalau mahu dibandingkan denganku, jauh panggang dari api. huhu.. Riza, seorang lelaki yang penyayang, manja, nakal dan banyak lagi sikapnya boleh menarik hati perempuan yang mengenalinya. Dia juga seorang lelaki yang sangat romantik. Setiap saat bersamanya membuatkan aku tersenyum. Dia betul2 menarik hatiku. Bayangkan perkenalan yang hanya sementara boleh membuahkan bibit-bibit cinta antara kami. Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Tapi dengan layanannya aku tenggelam dalam perasaanku. Tapi cinta kami tak kesampaian.. Semua berlaku atas kesilapan diriku sendiri. Maafkanku.. Aku tidak berniat untuk melukakan hatimu. Maafkan ku…

Aku benar-benar merindui hari bersamamu....♥ ♥


p/s: Maafkan aku kerana smat sukar untuk melupakan kalian..

Labels: , ,


10:54 PM  //  Out of the darkness and into the sun


Normal | bold | Italic | Underline | Link