sayapatchi

I'll spread my wings and I'll learn how to fly, I'll do what it takes till I touch the sky
............................................................................................................................................

Kenangan Lama Mengusik Kembali


2254, Bilikku

Sorang-sorang kat bilik ni tiba2 teringat saat yang aku takkan pernah lupakan. Satu persatu wajah mereka aku bayangkan. Mereka adalah sahabat-sahabat yang takkan ada penggantinya. Kisah ini bermula ketika aku cuba mencari identiti seorang lelaki, dan dalam pencarian itu aku bertemu dgn dua sahabat baik yang sgt lucu.. sorang namanya adna(bukan nama sebenar) dan seorang lagi riza(bukan nama sebenar). Waktu2 ku dihabiskan bersama mereka, walaupun aku tidak pernah mengenali mereka tetapi aku rasa dekat dgn mereka. Mereka sgt nakal tapi dalam kenakalan mereka, mereka sgt menekankan soal persahabatan. Kami berinteraksi menggunakan social networking, tiap2 hari aku tidak sabar untuk bertemu mereka. Setiap kali kami on9 ada sahaja lawak yang akan aku dengar daripada mereka walaupun mereka tidak seusia dgnku tapi aku sgt serasi dengan mereka.

Adna, seorang yang periang, matang, caring, sgt suka berniaga dan kadang-kadang cara percakapannya agak kasar. Dia yang mewarnai hari-hariku, dia suka bercerita.. Setiap kali berbual, mcm2 cerita yang akan dia kongsi dgnku. Dia sgt comel. hahaha~Suatu hari, kami chatting dalam YM.. kami berbual sambil kutuk mengutuk sedangkan kami tak sampai sebulan berkenalan. Mcm2 yang dia ckp padaku, dalam hati kecilku berkata “teruk nya mamat nie”.. hahaha.. Tak pernah2 aku cakap sial lagi-lagi pada lelaki tapi waktu itu aku kata dia sial~ Padan muka dia. Akhirnya, perkataan sial tu jadi tagline kami. Bila difikirkan balik mcm kelakar rasanya. Tapi semuanya sudah berakhir atas kesilapan ku sendiri. Aku kehilangan kawan yang betul2 boleh dijadikan sahabat. Masa tidak boleh diputar semula. Maafkan aku adna. Kamu memang seorang sahabat yang baik.

Riza, lelaki manja yang pernah aku kenal. Wataknya sgt berbeza dengan sodiq, arwah tunangku. Kami juga berkenalan menggunakan cara yang sama. Sebenarnya Riza adalah sahabat baik Adna ketika mereka masih belajar. Aku sgt kagum dengan persahabatan mereka kerana mereka masih bersahabat walaupon sudah menamatkan pembelajaran mereka. Kalau mahu dibandingkan denganku, jauh panggang dari api. huhu.. Riza, seorang lelaki yang penyayang, manja, nakal dan banyak lagi sikapnya boleh menarik hati perempuan yang mengenalinya. Dia juga seorang lelaki yang sangat romantik. Setiap saat bersamanya membuatkan aku tersenyum. Dia betul2 menarik hatiku. Bayangkan perkenalan yang hanya sementara boleh membuahkan bibit-bibit cinta antara kami. Aku bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Tapi dengan layanannya aku tenggelam dalam perasaanku. Tapi cinta kami tak kesampaian.. Semua berlaku atas kesilapan diriku sendiri. Maafkanku.. Aku tidak berniat untuk melukakan hatimu. Maafkan ku…

Aku benar-benar merindui hari bersamamu....♥ ♥


p/s: Maafkan aku kerana smat sukar untuk melupakan kalian..

Labels: , ,


10:54 PM  //  Out of the darkness and into the sun

Kawan-kawan Yang Paling Seksi!

........ sambungan

berbalik pada kisah sebelum ni, ak nak berkongsi la pasal kwn-kwn baik ak. Ha! Kt tepi dan bwh ini gmbar-gambar mereka. Ini namanya Tengku Norliza, masa mula-mula aku sampai kat asrama ak kenal dengan dia la. First impression ak kat dia, dia ni peramah dan mudah mesra. Yela, awal-awal jumpa dah boleh berborak sakan. Dia ni comel sangat tau, Aku panggil dia Azie tapi most people called her Tengku. Orang yang betul-betul rapat je panggil dia Azie. Azie ni orang kelantan, so masa kat asrama dulu dia selalu belikan budu (makanan orang kelantan ala2 cencalok) untuk ak. Berbotol-botol la juga, walaupun ak ni campuran Johor dan Selangor ak pon belasah gak budu ni. Walaupun masin tapi sedap seh!!. Thanks Azie nanti boleh belikan budu lagi!
Ha..! yang tudung hijau ni pulak namanya Fatin Mahfuzah, dia ni dari KISAS dak pandai tau. jangan main-main dgn dia ni. Aku panggil dia atin sebab nama dia sama dgn nama adik ak, heee.. Masa semester satu dulu, dia takut sangat dgn ak. Ak tak tahu lah kenapa padahal ak baru je kenal dia. Biasalah tu awal-awal semester kan? Sekarang ni, kitaorg dah rapat dah, dah boleh gadoh-gadoh lagitu. Cara kitorang rapat kan.. menarik sangat pelik pun ada gak. hahaha.. Satu hari tu, ak nak cepat gi kelas, entah macam mana entah semut penuh kat tudung ak. Apa lagi menjerit la aku, at da same time si atin ni ada.. dia lah yang tolong ak buang semut-semut tu sampai kat dalam dewan kuliah lagi tu. huhu.. Cian aku tau! Sejak daripada tu, ak jadi rapat dgn dia. Lagi satu.. atin nie pengspot soklan exam. Teruskan usaha ea adik ooii.!
Sekarang nie dia dh duk jauh daripada ktorang, Rindu gak kat gelak ketawa ngan manja-manja dia tu. Tapi takpe, ktorang still kelas sama. Kalo rindu-
rindu leh jumpa dalam kelas kan!! ;) Kat bawah ni pulak namanya Najibah. Dia nie la roomate ak sekarang ni, Ak panggil dia Jibah.. Jibah ni baik tau walaupun ramai yang kata dia pelik. Sorry Jibah! Si Atin kat atas ni kata jibah adik angkat ak, ak tak kesah pon. Dia selalu tolong ak time ak da masalah, kadang-kadang ak terpikir gak apa yang ak bg kat dia dengan apa yang dia dh bagi ak. Ak appreciate sangat-sangat. Thanks for everything ye Jibah! Sebagai seorang pelajar yang rumahnya dekat dgn kampus, ak ni rajin balik. Jibah sebagai roomate yang rumah jaooOOOhhh kat kelantan dok sensorang je dekat rumah tu. Kesian dia. Takpe-takpe sekarang ini dah ada housemate baru kan, taklah boring sekarang ni. Ha! jangan buli diorang pulak tau. Kalau nak buli jugak, tunggu akak balik!heee..penat la pulak membebel, cerita tak abis lagi ni. takpela, sambung esok-esok la pulak.. daaa..~


Labels: , ,


11:13 PM  //  Out of the darkness and into the sun


Normal | bold | Italic | Underline | Link