sayapatchi

I'll spread my wings and I'll learn how to fly, I'll do what it takes till I touch the sky
............................................................................................................................................

Gile la!!


0114
Hall

Selamat pagi semua. Ada ke orang nak jawab pagi-pagi ni?.. Hurm, act aku belum mengantuk lagi dan belum hendak tidur. Tapi rajin pulak aku update blog kan? * miracle*

Aku sebenarnya nak cite nie, aku pelik sangat-sangat. Yela, seperti yang aku cakap sebelum ini aku ada try cari kerja kan? banyak gile la email yang aku hantar resume aku. Tapi satu pon tak berbalas. Tapi weekend hari tu aku ada dapat spam email pasal job offer. Aku tak ada lah syok sangat sbb aku still lagi belajar. So, tak sesuai la nak cari kerja kan. Entah mcm mana lak dapat offer job tu. Konpius aku. Dalam tu dia kata kene verify job tu dgn hantar details aku. Aku pon send la. Tapi dengan niat sajer nak mencuba. Korang nak tau tak, dapat reply email tu yang kata aku dalam list simpanan dia sebab criteria study aku tak sesuai dgn job yang ditawarkan. Tu aku tak kesah la. Senyap jela.

Tiba-tiba tadi aku dapat spam email yang kata aku ditawarkan kerja kat company yang sama. Haha. Kelakar la pulak. Dah lah job title: Field Executive dgn salary 29000USD. Tak ke gile?? Mcm tak logik la sangat-sangat. Abah pun mcm tak percaya, yela gaji mahal dah la tak sesuai dengan field aku. Abah suruh check betul-betul manalah tahu kerja entah aper-aper entah .. Bahaya.

Pastu aku surfing la pasal company tu. Company tu memang established tapi cawangan tu aku tengok tak wujud sebenarnya. Sah la kene temberang. Hampeh! main-mainkan perasaan orang pulak. Dan mengesahkan lagi yang aku kene kencing website tu siap ckp, jgn percaya dengan email daripada company diorang yang guna free account email example yahoo ker hotmail ker dsb. Haha. Dah terkantoi. Penipu betul. Nasib baik aku tak percaya. Mana tahu kalau aku pergi kene jual ker, kene jadi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan ker.. Auzubillah.. Menakutkan betul. Alhamdulillah..Nasib baik aku ada family yang ambil berat. Terima Kasih semua. Sayang korang sangat-sangat. Bagi pihak yang kuat 'mengencing' orang stop la.. tak kira la dalam negara or luar negara. Lagi satu tak payah la nak guna nama company lain untuk buat kerja jahat korang. Nasib baik aku ta bodoh dan tak gile duit. DIA masih sayangkan aku. Syukur Alhamdulillah..♥ ♥


p/s: Jangan lah mudah percaya kepada sesuatu selidik dahulu samaada ia lebih kebaikan atau keburukan. Selamat Beramal!! ^_^

Labels: , ,


1:14 AM  //  Out of the darkness and into the sun


Normal | bold | Italic | Underline | Link